***SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. KEPADA ADIK-ADIK TAHUN 6 SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR BERMULA 11-13 SEPTEMBER 2012 ***

PROFIL

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh, bersepadu dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan kemakmuran negara.
____________________________________________________________________

MISI, VISI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
MISI Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

VISISekolah unggul penjana generasi terbilang
____________________________________________________________________

WAKTU OPERASI
8.00 am hingga 5.00 pm
Isnin hingga Jumaat

WAKTU REHAT
1.00 pm hingga 2 pm
Isnin hingga Khamis

12.15 pm hingga 2.45 pm
Jumaat sahaja
__________________________________________________________________

BILANGAN WARGA SKDABB
Guru Besar : 1 Orang
Guru Penolong Kanan : 3 Orang
Guru Lelaki : 10 Orang
Guru Perempuan : 34 Orang
Guru Penolong Kanan : 3 Orang
Guru Lelaki : 10 Orang
Guru Perempuan : 34 Orang
Staf Sokongan : 8 Orang
Pekerja Swasta : 5 orang
_________________________________________________________________

BILANGAN MURID
Bilangan Keseluruhan Murid : 620 Orang
Murid Lelaki
Bangsa Melayu : 310 Orang
Bangsa India : 5 Orang
Bangsa Asing : 0 Orang
Murid Perempuan
Bangsa Melayu : 313 Orang
Bangsa India : 1 Orang
Bangsa Asing : 1 Orang
__________________________________________________________________
MANTAN GURU BESAR
  1. En. Sharif bin Othman - 1 Februari 1961 hingga 31 Disember 1980
  2. En. Idris bin Debos - 1 Januari 1981 hingga 23 Januari 1984
  3. En. Abu bin Darmo - 1 Februari 1984 hingga 14 November 1986
  4. Tuan Haji Muhammad bin Mohd Nor - 16 Disember 1986 hingga 30 Oktober 1992
  5. Tuan Haji Shaari bin Haji Yahya - 1 November 1992 hingga 31 Julai 2005
  6. Puan Hajah Noredzan binti Abu Bakar - 1 Oktober 2005 hingga 1 Jun 2011
PANDANGAN DARI ATAS KAWASAN SK DATO' ABU BAKAR BAGINDA, SEPANG

SEJARAH

Usaha penduduk kampung untuk mendirikan sekolah ini bermula pada 1957 diketuai oleh Ketua Kampung iaitu Allahyarham Hj. Zainuri b. Hassan. Pada tahun 1961 terbinalah sebuah bangunan sekolah yang mempunyai 3 buah bilik darjah dan beroperasi pada 1 Disember 1961. Guru Besar yang pertama ialah Allahyarham En. Mohd. Sharif b. Othman. Bilangan muridnya ialah 51 orang. Pada 7 April 1961 sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu YB Dato’ Abu Bakar Baginda. Atas mengenang jasa baik beliau, maka sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda. Kepadatan penduduk di kawasan ini menyebabkan bilangan murid bertambah pada tahun 1980. Sekali lagi AJK PIBG dan JKKK Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda telah bermesyuarat dan mengambil keputusan memohon bangunan tambahan. Pada 11 April 1982 satu upacara meletakkan batu asas telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu YB. Dato’ Hj. Suhaimi b. Dato’ Haji Kamaruddin. Alhamdulillah, pada 14 Mac 1984 bangunan baru 3 tingkat telah siap dibina, terdiri daripada 8 buah bilik darjah, 1 bilik guru, 1 perpustakaan, 2 bilik serbaguna, 1 bilik tayangan, 2 tandas, padang, pagar serta kemudahan asas seperti elektrik dan air. Kos kesemua ini berjumlah RM508,000.00. Guru Besar pada ketika itu ialah Allahyarham En. Abu b. Darmo. Disebabkan pembangunan yang pesat dari segi jumlah penduduk dan persekitaran maka bilangan murid bertambah dengan mendadak. Pihak sekolah bersama dengan PIBG telah memohon menaiktaraf bangunan yang sedia ada dalam Rancangan Malaysia Ke 8. Tambahan pula lokasi sekolah ini berada di pinggiran Pusat Pentadbiran Putrajaya. Projek pembinaan bangunan baru bermula pada tahun 1996. Pada tahun 1997 pihak JKR telah menyerahkan bangunan tersebut secara rasminya kepada pihak sekolah. Bangunan tersebut mengandungi 12 bilik darjah, 1 makmal sains dan 2 tandas. Pada tahun 2003 sebuah bilik darjah telah diubahsuai menjadi bilik Prasekolah. Semenjak dibuka, enam orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini. Guru Besar sekarang merupakan Guru Besar ke tujuh telah bertugas di sekolah ini bermula Jun 2011